PERMOHONAN ZAKAT PROGRAM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ZAKAT APPLICATION » PERMOHONAN ZAKAT PROGRAM

PERMOHONAN ZAKAT PROGRAM

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjemput Pusat Tanggungjawab (PTJ), Persatuan atau Kelab UPM untuk membuat PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ZAKAT PROGRAM UPM SECARA ATAS TALIAN 2023 yang berkuatkuasa bermula 9 Mei 2023 (Selasa).

Syarat permohonan :- 

 

  1. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 14 hari bekerja dari tarikh program diadakan.
  2. Permohonan program hendaklah berkonsepkan dakwah, keilmuan dan kesukarelawanan sahaja.
  3. Permohonan yang diluluskan hendaklah meletakkan logo WAZAN UPM di setiap bahan publisiti.
  4. Permohonan program yang melebihi RM3,000.00 akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat UPM untuk pertimbangan dan kelulusan (tarikh persidangan mesyuarat tetakluk kepada ketetapan jawatankuasa).
  5. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 

Nota:-

Kelulusan permohonan bantuan kewangan zakat program UPM ini adalah tetakluk kepada kedudukan baki dana agihan zakat UPM semasa.

Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari pautan yang disediakan di https://forms.gle/k22h31zGMU6VNjjUA

 

Anda dinasihatkan membaca segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak WAZAN UPM untuk memudahkan proses pertimbangan dan kelulusan.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-9769 6146/6149.

 

Sekian, terima kasih.

 

"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor

 

Facebook : WAZAN UPM l Website : www.wazan.upm.edu.my l Telefon : 03-9769 8993 / 6155

Updated:: 09/05/2023 [mazrol]

MEDIA SHARING

SXFBBA1~