WAZAN ZIARAH STAF UPM TERLIBAT KEMALANGAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN ZIARAH STAF UPM TERLIBAT KEMALANGAN

WAZAN ZIARAH STAF UPM TERLIBAT KEMALANGAN

KUALA PILAH, 9 MEI - Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, menziarahi sdr. Ehwan Nasir Azmee, staf Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) yang terlibat dengan kemalangan jalanraya di Felda Palong, Negeri Sembilan, minggu lalu.
 
 
Ehwan yang mengalami kecederaan patah kaki dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kecederaan tersebut melibatkan pembedahan yang akan dijalankan pada Jumaat.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Daud Sulaiman, pihak WAZAN UPM bersedia untuk memberikan bantuan kepada Ehwan susulan kejadian yang menimpa.
 
"Pihak WAZAN akan memberikan bantuan susulan kepada Ehwan memandangkan beliau memerlukan masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya", katanya sewaktu memberikan sumbangan bantuan kecemasan/bencana kepada Ehwan di sini kelmarin.
 

Date of Input: 11/05/2022 | Updated: 03/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYDAR~