UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN MENJALANKAN TUGAS PENGARAH
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hajah Izariahwati binti Mohd Isa atas pelantikan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) bagi tempoh 1 Ogos 2026 hingga 31 Mac 2027.
Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan hikmah dalam meneruskan kecemerlangan WAZAN serta memperkasa agenda wakaf, zakat dan infak demi manfaat warga universiti dan masyarakat.
Seluruh warga WAZAN mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui organisasi.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang.
Ikhlas daripada
Seluruh warga Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.
Date of Input: 03/08/2026 |
Updated: 03/08/2026 | rizal_helmi
MEDIA SHARING