UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PENGARAH WAZAN
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Haris bin Dahlan atas segala jasa, bakti, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah WAZAN bagi tempoh 1 April 2024 hingga 30 Julai 2026.
Terima kasih atas segala bimbingan, amanah dan iltizam dalam memperkasa pengurusan wakaf, zakat dan infak serta memacu kecemerlangan WAZAN demi manfaat ummah dan universiti.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam meneruskan amanah di tempat baharu.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.
Date of Input: 03/08/2026 |
Updated: 03/08/2026 | rizal_helmi
MEDIA SHARING