WAZAN UPM DISTRIBUTE RM3.59 MILLION TO THE UPM'S ASNAF | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» NEWS » WAZAN UPM DISTRIBUTE RM3.59 MILLION TO THE UPM'S ASNAF

WAZAN UPM DISTRIBUTE RM3.59 MILLION TO THE UPM'S ASNAF

Assalamualaikum wbt
 
YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
INFO LAPORAN AGIHAN WAKALAH ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BAGI TAHUN 2024
 
Terlebih dahulu saya doakan agar YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
2.   Untuk makluman YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan, UPM melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) berperanan untuk mengutip serta mengagih zakat di UPM. Pada tahun 2024, sebanyak RM8.6 juta zakat berjaya diperoleh daripada sumbangan zakat YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan. 
 
3.   Sehubungan itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan pulangan sebanyak 43.75% daripada jumlah kutipan keseluruhan untuk diagihkan kepada warga UPM dalam kalangan asnaf yang memerlukan.
 
4.   Jumlah keseluruhan agihan dana wakalah zakat LZS di UPM tahun 2024 ialah sebanyak RM3.59 juta yang mana ia merangkumi agihan bantuan sara diri, yuran pengajian kepada warga UPM serta program-program fisabilillah. Bersama-sama ini saya sertakan lampiran laporan agihan zakat UPM 2024 untuk perhatian dan rujukan YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.
 
Perhatian yang diberikan oleh YBhg./Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan amatlah saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
MALAYSIA MADANI
BERILMU BERBAKTI
 
Yang menjalankan amanah,
 
 
TN. HJ. HARIS BIN DAHLAN
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 31/03/2025 | Updated: 10/06/2025 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (05:31:05pm-05:36:05pm, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]