WAZAN UPM BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR

WAZAN UPM BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR

SHAH ALAM, 1 MAC - Diadakan satu sesi kunjungan hormat Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu diadakan adalah bertujuan untuk sesi suai kenal dalam kalangan pentadbir WAZAN UPM yang baharu bersama-sama pihak pengurusan PWS dan berkongsi pandangan berkaitan Wakaf Ilmu yang dilaksanakan di UPM.
 


Kunjungan hormat yang dibuat disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS Dato’ Mohammad Yaacob, Ustaz Anuar Hamzah Toha, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Cik Anis Amirah, Eksekutif Korporat PWS.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, kunjungan ini adalah sebagai tanda persefahaman yang dijalinkan oleh pihak UPM bersama-sama PWS yang mana peranan WAZAN UPM sebagai yang menjalankan fungsi Mutawali PWS.

Kunjungan dari WAZAN UPM diketuai oleh Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr Mohd Daud Awang , Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak, En Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu dan En Mohd Farouq Umair Zamri.

Pelbagai hal-hal disentuh dalam sesi tersebut antara lainnya ialah penyambungan wakil khas Wakaf Ilmu yang diberikan kepada pihak WAZAN UPM bermula tahun 2022 - 2027. Dengan penyambungan ini, diharapkan wakaf ilmu di UPM kian berkembang dan menjadi salah satu daripada strategi kemampanan kewangan di universiti.

 

Date of Input: 02/03/2022 | Updated: 14/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaQAS~