WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM

WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM

WAZAN tambat hati pembekal UPM

UPM, 17 Januari 2019- Bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar WAZAN telah mengambil langkah proaktif menerusi perjumpaan secara terus dengan para pembekal UPM. WAZAN yang diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman selaku Pengarah telah menyampaikan perkongisan berkaitan latar belakang WAZAN dan tujuan penubuhan dalam menyemai budaya menyumbang serta memberi menerusi wakaf, zakat dan endowmen. WAZAN telah berjaya memberi sudut pandang positif kepada para pembekal UPM agar mereka turut membantu universiti melalui penglibatan mereka untuk sama menyumbang di WAZAN. 

Hubungan  yang baik antara WAZAN dan para pembekal UPM sudah pasti menjadi wahana terbaik untuk meningkatkan lagi pembangunan wakaf, zakat dan endowmen di UPM. Oleh itu, WAZAN mengharapkan kerjasama erat daripada para pembekal UPM akan membudayakan lagi amalan berwakaf dan berzakat sebagaimana konsep yang digerakkan oleh WAZAN iaitu “Rezeki dikongsi, nikmat disyukuri”.

 

Date of Input: 17/01/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdGAF~