WAZAN Pertahankan Anugerah Muaz Bin Jabal | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Pertahankan Anugerah Muaz Bin Jabal

WAZAN Pertahankan Anugerah Muaz Bin Jabal

SHAH ALAM, 24 April 2019 – Sebuah sejarah WAZAN telah terukir hari ini dengan kejayaan manis WAZAN mempertahankan anugerah Muaz bin Jabal buat kali kedua selepas tahun 2017. Anugerah Muaz Bin Jabal merupakan anugerah khas yang diberikan kepada Agen kutipan dana zakat yang menunjukkan prestasi terbaik dalam aspek kutipan zakat.

WAZAN juga menerima Anugerah Kutipan Dana Zakat Tertinggi Institusi Pengajian Tinggi negeri Selangor bagi bulan Disember 2018. Majlis Anugerah LZS 2018 telah dianjurkan sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor dalam menghargai usaha murni dan kejayaan semua agen dan wakil LZS. WAZAN yang diwakili oleh Pengarah, Dr. Haji Razali Othman dan Ketua Seksyen Zakat iaitu Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim telah hadir dalam majlis ini.

Kedua-dua anugerah yang telah berjaya diperolehi oleh WAZAN sememangnya akan menjadi pemangkin kepada warga WAZAN untuk terus istiqomah, komited dan amanah. Kejayaan WAZAN tahun ini merupakan berkat hasil bantuan semua staf WAZAN dan seterusnya kebaikan dan kesudian semua para penyumbang zakat di WAZAN. WAZAN turut merakamkan terima kasih kepada YBhg. Datin Paduka Aini Ideris, pimpinan tertinggi dan semua warga UPM yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kami di WAZAN. Sehubungan itu, WAZAN akan terus memastikan manfaat dana zakat akan terus subur dan dilestarikan di kampus hijau UPM.

Date of Input: 30/04/2019 | Updated: 08/08/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUHAO~