WAZAN, MYFUNDACTION JALIN KERJASAMA MELALUI PROGRAM REWANG SERUNDING | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN, MYFUNDACTION JALIN KERJASAMA MELALUI PROGRAM REWANG SERUNDING

WAZAN, MYFUNDACTION JALIN KERJASAMA MELALUI PROGRAM REWANG SERUNDING

WAZAN, MYFUNDACTION JALIN KERJASAMA MELALUI PROGRAM REWANG SERUNDING

KUALA LUMPUR, 6 Nov - MyFundaction dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah menganjurkan Program Rewang Serunding Bersama-sama Polis Diraja Malaysia Frontliner Bantuan Banjir dengan menaja makanan dan minuman sukarelawan pelajar UPM pada 5 hingga 6 November 2022 yang lalu.
 
 
 
Program yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur ini disertai oleh seramai 50 sukarelawan pelajar daripada Chapter YOSH UPM bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti dijalankan iaitu aktiviti memasak serunding bermula pada 5 November sebelah pagi sehingga 6 November sebelah malam.
 
 
 
Apa yang dilihat menarik dalam program ini adalah para sukarelawan UPM yang bersama-sama sukarelawan polis memasak rendang sehingga kering sehinggakan ada yang tidur di Masjid Bukit Aman secara bergilir-gilir.
 
 
Program ini juga dilihat sebagai medan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak WAZAN, NGO dengan sukarelawan pelajar UPM.

Date of Input: 08/11/2022 | Updated: 08/11/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaMAM~