WAZAN LANCAR KUTIPAN DANA SUMBANGAN COVID-19 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN LANCAR KUTIPAN DANA SUMBANGAN COVID-19

WAZAN LANCAR KUTIPAN DANA SUMBANGAN COVID-19

UPM Serdang, 20 Mac - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) telah dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lalu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

 

Sehubungan itu, seramai lebih 2,000 pelajar UPM di kampus Serdang dan kampus Bintulutelah terkandas di kampus dan lebih 200 staf dalam kalangan asnaf terkandas di kediaman masing-masing.

Justeru Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah melancarkan kutipan Dana Sumbangan COVID-19 pada 20 Mac 2020 bagi memberi sumbangan kepada golongan sasaran yang terjejas akibat PKP yang dilaksanakan.

 

Agihan kutipan yang dibuat tersebut akan diputuskan oleh pihak pengurusan UPM dan WAZAN kelak.

 

Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Dana Sumbangan COVID-19 UPM, WAZAN menyediakan DUA kaedah sumbangan:

1. Secara Perbankan Dalam Talian (ONLINE)
- Akaun CIMB | 80-0215196-3 (Kira-kira Am UPM). 
- Butiran pembayaran #COVID19 
- Jangan lupa hantarkan bukti TRANSAKSI atau SLIP PEMBAYARAN ke EMEL wazan@upm.edu.my atau ke HOTLINE WAZAN di talian: 010-8728566

2. Aplikasi “paygate” UPM PERIHATIN@WAZAN
- Layari https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah/tabung_upm_prihatin-10623

Date of Input: 06/04/2020 | Updated: 10/06/2020 | nuruliman

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUKAd~