WAZAN Guna Fintech Teknologi! | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Guna Fintech Teknologi!

WAZAN Guna Fintech Teknologi!

 

UPM, 23 Mac 2019 – WAZAN telah menerima kehadiran seorang tetamu istimewa dari syarikat SNAPnPay. Dr Razali Othman bersama Ustaz Nuruliman telah bersua muka bersama saudara Shahril yang merupakan ceo syarikat. Pertemuan ini merupakan langkah bijak dalam kerangka WAZAN menjalinkan kerjasama dengan pusat pengurusan teknologi maklumat yang pakar dan berkaliber. Tambahan lagi, encik Shahril juga memiliki kemahiran dan pengalaman yang banyak kerana beliau sendiri telah berkecimpung lebih sepuluh tahun dalam bidang sains dan teknologi maklumat (IT).

Kehadiran saudara Shahril telah membolehkan WAZAN mendapatkan pelbagai input penting berkaitan teknologi makulmat dan sistem perkomputeran iaitu fintech teknologi. Hal ini kerana, WAZAN menyedari pengurusan sistem teknologi dan pemantapan pengaplikasian perisian komputer pasti meningkatkan lagi sistem pengurusan WAZAN. Di samping itu, saudara Shahril turut memberikan galakan dan dorongan postitif kepada semua staf WAZAN untuk memahirkan diri dalam teknologi maklumat. Semoga perkongsian dan kepakaran encik Shahril akan mampu memacu  visi dan misi WAZAN iaitu meletakkan wakaf dan zakat di arus perdana

 

 

Date of Input: 25/03/2019 | Updated: 25/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
BVMCOw1:14:48