WAZAN 2019's Strategic Plan Workshop Is A Continuation Of Excellence | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN 2019's Strategic Plan Workshop is a Continuation of Excellence

WAZAN 2019's Strategic Plan Workshop is a Continuation of Excellence

Bengkel Pelan Strategik WAZAN 2019 pacu kecemerlangan berterusan

 

 

 

Cyberjaya, 11 Januari 2019- Ukhuwah merupakan intipati yang sangat penting dalam memantapkan sesebuah organisasi. Sehubungan itu, WAZAN telah berjaya merancang dan melaksanakan bengkel pelan strategik WAZAN 2019 bertempat di Dash Box Hotel bermula pada 11 sehingga 13 Januari lepas. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan ikatan silahturahim antara pegawai dan para staf WAZAN. Penambahbaikan kualiti dan produktiviti kerja turut menjadi teras bengkel ini kerana program ini memberi ruang yang baik kepada setiap staf WAZAN memberikan pandangan idea akan perancangan strategi bagi tahun 2019.

Hasrat murni WAZAN pada tahun 2018 telah berjaya dicapai dengan baik kerana jumlah kutipan dana wakaf dan zakat telah meningkat sehingga 20%. Inisiatif WAZAN dalam memberi pendedahan terhadap amalan berwakaf dan berzakat kepada warga kampus dan masyarakat setempat juga dapat dibuktikan dengan kejayaan kaunter WAZAN mengumpul kutipan mencecah RM 5 juta. Dalam pengurusan pentadbiran pula, WAZAN berjaya menduduki tempat 10 terbaik daripada keseluruhan PTJ di UPM. Kejayaan ini mencerminkan kerjasama erat antara ahli dalam sesebuah organisasi merupakan rencah utama dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan.

 

Sejajar dengan itu, bengkel pelan strategik 2019 ini dapat dibahagikan kepada empat sesi slot yang penting kepada WAZAN. Antaranya, imbasan kejayaan WAZAN bagi kutipan dan agihan tahun 2018. Seterusnya, matlamat yang jelas menerusi pembentukan KPI 2019 juga dibincangkan agar WAZAN bergerak ke hadapan dengan matlamat akhir yang tepat dan relevan. Selain itu, perbincangan berkaitan perancangan aktiviti dan program WAZAN yang berimpak tinggi bagi tahun 2019.

Slot terakhir bengkel ini ialah sesi diskusi berkenaan skop tugas setiap ahli dalam organisasi WAZAN agar menjadi garis panduan yang baik dalam membentuk staf yang berkaliber dan berdisiplin. Oleh itu, bengkel strategik WAZAN 2019 telah memberikan suntikan semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan usaha dalam membantu WAZAN. Sekaligus, WAZAN mampu meluaskan lagi manfaat dana wakaf dan zakat kepada lebih ramai pelajar asnaf UPM dan masyarakat setempat.

Date of Input: 21/02/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcTA7~