Wakaf IPT WP Jadi Realiti Hari Ini! | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Wakaf IPT WP Jadi Realiti Hari Ini!

Wakaf IPT WP Jadi Realiti Hari Ini!

Kuala Lumpur, 13 Mac 2019 – Wakaf Pendidikan Tinggi Negara telah berjaya direalisasikan hari ini. Pembentukan wakaf pendidikan Tinggi ini merupakan langkah positif dan menjadi citra akan kepentingan wakaf kepada pembangunan pendidikan Negara. WAZAN yang diwakili oleh Pengarah, Dr Haji. Razali Othman telah menghadiri majlis pelancaran Wakaf Pendidikan Tinggi 2019. Kejayaan ini merupakan hasil sokongan dan penglibatan lima universiti yang mendapat status mutwaalli daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kolej MARA dan Kolej Profesional Baitulmal. Seterusnya, setiap institusi ini telah diwakili oleh naib canselor masing-masing untuk sama menandatangani MOU bersama Y.B Menteri Agama, Datuk Sri Mujahid Yusof Rawa. Dato’ Sri Syed Hussien Abdul Kadir, Pengerusi MAIWP turut hadir menyaksikan pelancaran ini. Objektif utama penubuhan wakaf ini adalah untuk membantu setiap Institut pengajian tinggi mendapatkan dana berasaskan wakaf untuk memberikan bantuan kewangan dan pembangunan akademik kepada para pelajar terutamanya pelajar asnaf.

Oleh itu, WAZAN amat berbesar hati untuk terus bersama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan peranan wakaf pendidikan tinggi ini. Tahniah WAZAN ucapkan atas kejayaan ini. WAZAN akan terus sedia membantu dari segi tenaga, idea dan pemikiran untuk memantapkan lagi pengurusan dana wakaf. Semoga wakaf pendidikan tinngi akan terus menjadi teras pembangunan pendidikan. Sekali gus, membela nasib pelajar asnaf untuk membentuk graduan yang cemerlang dan berakhlak mulia.

 

Date of Input: 18/03/2019 | Updated: 18/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
BVMCO4k:14:56