Wakaf Icecream Machine In FSTM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Wakaf Icecream Machine in FSTM

Wakaf Icecream Machine in FSTM

 

UPM, 25 Januari 2019 – Kerjasama erat antara WAZAN bersama pihak fakulti terus dipertingkatkan dan kali ini WAZAN telah melaksanakan pertemuan bersama pihak fakulti Sains dan Teknologi Makanan. FSTM telah diwakili oleh Ybhg. Prof. Nazamid Saari selaku dekan fakulti, Ybhg PM Dr. Mohhidin Othman, Timbalan Dekan FSTM dan Encik Nizam wakil FSTM. Tumpuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan strategi pembangunan dan penambahbaikan Dapur Rakyat UPM. Dapur Rakyat FSTM merupakan satu usaha murni untuk memacu perkembangan perniagaan makanan oleh pihak fakulti bersama para pelajar fakulti ini. Selain itu, hasrat FSTM untuk membina surau menjadi intipati perbincangan yang turut difokuskan. Sejajar dengan itu, WAZAN turut mengambil ruang dan peluang yang ada bagi menyemai budaya berwakaf, berzakat dan bersedekah dalam kalangan warga FSTM.

Hasil perjumpaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan pihak WAZAN untuk menyediakan dana menerusi wakaf untuk menambahbaik Dapur Rakyat. Oleh itu, sudah pasti  lebih ramai pelajar asnaf UPM boleh mendapatkan makanan di Dapur Rakyat.  WAZAN juga akan menempatkan mesin aiskrim wakaf bagi membolehkan Dapur Rakyat FSTM mmeberikan manfaat kepada para pelajar khususnya pelajar asnaf. Sementara itu, dana membina surau turut diusahakan secara bersama antara WAZAN-FSTM menerusi pelbagai program wakaf, zakat dan sedekah yang akan turut melibatkan Alumni FSTM. Perancangan ini juga akan dipertingkatkan dengan kerjasama daripada chef terkemuka di Malaysia yang merupakan alumni FSTM sendiri. Oleh yang demikian, besar harapan WAZAN menerusi usaha ini akan membantu warga FSTM dan UPM secara holistik dalam memanfaatkan sumber dana wakaf, zakat dan sedekah.

 

 

 

Date of Input: 22/02/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXESTAl~