UPM BINTULU ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE WAZAN UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UPM BINTULU ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE WAZAN UPM

UPM BINTULU ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE WAZAN UPM

SERDANG, 13 JAN - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia menerima kunjungan Pengarah, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini di Pejabat WAZAN UPM pada Khamis.
 
 
Menurut Prof. Dr. Shahrul, kunjungan tersebut antara lainnya adalah untuk menyatakan hasrat untuk mewujudkan WAZAN di UPMKB bagi menguruskan hal-hal berkaitan wakaf, zakat dan endowmen di Negeri Sarawak.
 
“UPMKB memang berhasrat untuk diwujudkan WAZAN UPMKB sejurus penubuhan WAZAN di UPM ini untuk menguruskan hal-hal pengurusan zakat, wakaf dan endowmen di UPMKB”, ujar dalam perbincangan Bersama-sama ahli pengurusan WAZAN UPM.
 
 
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa hasrat UPMKB selaras dengan hasrat penubuhan WAZAN UPMKB ini adalah permohonan untuk mendapatkan seorang staf yang ditempatkan di UPMKB bagi menjalankan tugas-tugas tersebut.
 
Kami juga memerlukan seorang staf yang ditempatkan di sini untuk menjalankan tugas-tugas tersebut agar pelajar-pelajar UPM di Bintulu ini juga memperoleh manfaat seperti pelajar di kampus Serdang”, ujar beliau lagi.
 
 
Turut hadir bersama-sama En. Noor Hakim Ahmad, Ketua Pentadbiran, UPMKB.
 
WAZAN UPM diwakili oleh Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, En. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Pn. Haliena Azhar, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan dan En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran.

Date of Input: 25/01/2022 | Updated: 26/01/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdFAW~