UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN UCAPAN TERIMA KASIH | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN UCAPAN TERIMA KASIH

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN UCAPAN TERIMA KASIH

UPM SERDANG, 11 Mei - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah berjaya mengutip kutipan zakat sepanjang bulan Ramadan 1443H / 2022 M yang lalu.
 
Kutipan zakat ini dikutip menerusi dua kaedah iaitu melalui skim potongan gaji bulanan staf UPM dan melalui kaunter khidmat pelanggan WAZAN. Rata-rata pembayar zakat menunaikan zakat seperti zakat harta, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat fitrah dan lain-lain.
 
 
Kutipan yang dikira bermula 1 Ramadan sehingga 29 Ramadan 1443H yang lalu memberikan jumlah peningkatan kutipan berbanding kutipan bulan Ramadan tahun sebelumnya. 
 
Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia pembayar zakat kini memilih untuk menunaikan zakat mereka di kaunter kerana sudah dua tahun menggunakan medium dalam talian untuk menunaikannya.
 
"Sudah dua tahun mereka menunaikan zakat tanpa akad bersama-sama penolong amil zakat di kaunter", katanya dalam satu temubual di kaunter zakat pada hari-hari terakhir kempen bulan zakat dan wakaf Al Falah di UPM yang lalu.
 
Menurutnya lagi, "Terima kasih diucapkan kepada semua yang bersama-sama membantu para asnaf yang memerlukan terutamanya pada mereka dan keluarga yang amat terkesan dan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda negara sejak Mac 2020 yang lalu".
 
Pengarah WAZAN juga menzahirkan rasa bangga atas kesungguhan petugas-petugas yang bertungkus lumus membantu para pembayar zakat untuk memudahkan urusan pembayaran zakat mereka melalui kaunter kutipan zakat mahupun secara dalam talian.
 
"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga UPM dan pembayar-pembayar zakat yang menunaikan Rukun Islam keempat di WAZAN UPM.
 

Date of Input: 11/05/2022 | Updated: 14/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdSAn~