TERIMA KASIH QSR BRANDS | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » TERIMA KASIH QSR BRANDS

TERIMA KASIH QSR BRANDS

UPM, 3 MEI 2019 – QSR Brands telah mengadakan sesi rakaman bagi program Raya MyHalal yang bertempat di muzium Warisan Melayu, UPM. Program ini bakal disiarkan sempena raya tahun ini di televisyen (RTM).

Sehubungan dengan itu, QSR Brands telah menjemput pihak WAZAN yang diwakili oleh Dr Haji Razali Othman untuk memeriahkan sesi rakaman . WAZAN merakamkan ribuan terima kasih kerana pihak QSR Brands sudi menyumbang bersama WAZAN melalui dana wakaf bagi program Dapur Rakyat Asnaf. Program ini telah dijayakan hasil kolaborasi bersama KFC, Life, Ayamas dan lain-lain.

Melalui sumbangan sebanyak RM 5 000.00 yang diterima WAZAN akan dimanfaatkan bagi menjayakan projek bantuan makanan kepada pelajar asnaf dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

WAZAN amat beryukur dan menghargai sumbangan yang telah diberikan dan terima kasih diucapkan kepada Naib Censelor UPM, YBhg, Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris

Date of Input: 06/05/2019 | Updated: 06/05/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcVAr~