TERIMA KASIH MENUNAIKAN ZAKAT DI WAZAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » TERIMA KASIH MENUNAIKAN ZAKAT DI WAZAN

TERIMA KASIH MENUNAIKAN ZAKAT DI WAZAN

TERIMA KASIH MENUNAIKAN ZAKAT DI WAZAN

 

image.png

 

Bagi pihak UPM, dan WAZAN khususnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU, 2021 

kepada seluruh warga UPM, baik di Kampus Serdang, mahupun di Kampus Bintulu, Serawak. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada 

seluruh warga UPM, para pesara, alumni dan masyarakat luar yang telah menunaikan ZAKAT bagi tahun 2020, baik di Kaunter WAZAN (bersebelahan Masjid UPM), ataupun secara atas talian menerusi aplikasi e-ZAKAT@WAZAN

 

ALHAMDULILLAH, KUTIPAN ZAKAT UPM MENINGKAT LAGI

TERIMA KASIH SEKALI LAGI!
image.png
 

Kutipan dana ZAKAT di UPM telah menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2020 di sebalik pandemik COVID19 dan arahan PKPB. Sejumlah RM8,235,724.29 telah dikutip pada tahun 2020 berbanding RM7,436,887.42 pada tahun 2019. Peningkatan sebanyak 10.74%!

Alhamdulillah
 
 
 

AGIHAN DANA ZAKAT TAHUN 2021

 

image.png 

Alhamdulillah, saya melihat kecenderungan warga UPM untuk menyumbang kepada UPM, baik melalui WAKAF, ZAKAT ataupun SEDEKAH telah semakin meningkat. Justeru, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua warga UPM, para pesara, alumni dan masyarakat luar yang telah sama menyumbang di WAZAN, UPM. Didoakan agar keikhlasan tuan/puan menyumbang akan menjad "asbab" turunnya barakah Allah SWT kepada UPM dan semua warganya. In Shaa Allah.

Date of Input: 12/01/2021 | Updated: 12/01/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
BVMCNFX:13:05