Terima Kasih Lembaga Zakat Selangor (LZS) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Terima Kasih Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Terima Kasih Lembaga Zakat Selangor (LZS)

UPM, 21 Mac 2019 – Bertempat di Bilik Mesyuarat WAZAN, telah berlangsungnya bengkel berkaitan pengenalan fatwa agihan semasa oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bengkel ini merupakan langkah baik dalam memberikan pendedahan dan pemahaman kepada semua staf WAZAN berkaitan pengurusan agihan dana zakat agar lebih komprehensif dan sistematik. Bengkel ini amat menarik dan sepanjang sehari semua staf telah terlibat dan memperlihatkan komitmen setiap staf bersama pengarah untuk mendengar dan mengambil input dari perkongsian ini.

Oleh yang demikian, bengkel ini telah melibatkan kolobrasi daripada beberapa staf LZS untuk berkongsi berkaitan tiga aspek penting dalam zakat.Antaranya, pertama fatwa agihan zakat semasa, kedua kaedah siasatan dan slot terakhir berkenaan kaedah agihan zakat dan cabaran-cabaran dalam pengurusan zakat. Kesemua slot ini disampaikan dengan jelas dan menyeluruh oleh wakil Lembaga Zakat Selangor. Jutaan terima kasih diapresiasikan oleh WAZAN kepada Utaz Hamizul, Ustaz Shahrul Nizam Syahir, Ustaz Mohd Nurfadhli Yohman dan Encik Zaki yang sudi menjayakan bengkel anjuran WAZAN.

Besar harapan WAZAN semoga segala perkongsian yang disampaikan akan memberi ilmu dan pengetahuan penting kepada semua staf WAZAN amnya dan khususnya staf di bahagian Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf. Seterusnya, semoga bengkel ini akan dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang agar pengurusan zakat oleh WAZAN akan terus dipacu ke arah yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 22/03/2019 | Updated: 22/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUSA5~