STAF ASNAF UPM TERIMA SUMBANGAN SEMPENA FORUM MAAL HIJRAH | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » STAF ASNAF UPM TERIMA SUMBANGAN SEMPENA FORUM MAAL HIJRAH

STAF ASNAF UPM TERIMA SUMBANGAN SEMPENA FORUM MAAL HIJRAH

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
UPM SERDANG, 1 Ogos - Para staf asnaf menerima sumbangan pek barangan asas sempena sesi Forum Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti (PIU) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) di Masjid UPM semalam.
 
Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama-sama Ustaz Haris Dahlan menyerahkan sumbangan kepada staf asnaf UPM
 
Sumbangan yang diberikan kepada staf asnaf UPM ini adalah sumbangan sedekah yang dihulurkan oleh orang ramai kepada pihak WAZAN dengan kerjasama Putra Bakti dan Kesatuan Pekerja UPM (Kepertama).
 
Sebanyak 50 pek barangan asas yang diberikan kepada 50 orang staf asnaf UPM ini bertujuan sebagai satu ihsan para penyumbang kepada para asnaf dalam merasai nikmat rezeki yang diperoleh.
 
Dalam masa yang sama ianya adalah satu usaha yang dirangka oleh pihak WAZAN yang sentiasa cakna kepada keperluan staf asnaf UPM yang memerlukan.
Barisan Moderator dan Ahli Panel Forum Maal Hijrah di Masjid UPM semalam
 
Majlis penyerahan disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman ketika sesi Forum Maal Hijrah yang disampaikan oleh Pendakwah Bebas/Personaliti TV, Ustaz Ilyas Ismail dan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim di Masjid UPM semalam.
 
Forum Maal Hijrah yang bertajuk Mencari Redha Dengan Keberkatan ini merupakan sebuah forum yang ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor.
 
Barisan tetamu yang hadir ke Forum Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPM, WAZAN UPM dan Lembaga Zakat Selangor
 
Turut hadir dalam sesi forum ini iaitu YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, YBhg. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, wakil Pengarah WAZAN UPM, Ustaz Haris Dahlan, Ketua-ketua Jabatan di Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor dan pegawai-pegawai kanan UPM.

Date of Input: 02/08/2022 | Updated: 02/08/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXSAY~