PUSAT PELABURAN, ENDOWMEN DAN WAKAF, UMS BERKUNJUNG KE UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PUSAT PELABURAN, ENDOWMEN DAN WAKAF, UMS BERKUNJUNG KE UPM

PUSAT PELABURAN, ENDOWMEN DAN WAKAF, UMS BERKUNJUNG KE UPM

UPM SERDANG,  25 Mei - Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.
 
 
Lawatan yang dijalankan oleh CIEW ini adalah bersempena Lawatan Promosi dan Penandaarasan CIEW selama tiga hari di beberapa universiti awam di Semenanjung Malaysia ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM.
 
 
Delegasi CIEW yang terlibat diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Borhan Sareya Abdullah, Pengarah CIEW serta enam orang staf di beberapa seksyen seperti Seksyen Penjanaan, Seksyen Endowmen/Wakaf dan Seksyen Pentadbiran/Kewangan.
 
 
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Tn. Hj. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan yang mewakili Pengarah WAZAN, Puan Hjh. Izariahwati Md Isa, Bendahari UPM, En. Yusri Hashim, Timbalan Bendahari Kanan UPM, Dr. Ramzee Ibrahim, Pensyarah Kanan yang mewakili Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan pegawai-pegawai WAZAN serta pegawai Bendahari UPM.
 

Date of Input: 29/05/2023 | Updated: 27/11/2023 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZXA1~