PROGRAM PENINGKATAN ZAKAT MELALUI ROADSHOW KE FAKULTI | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PROGRAM PENINGKATAN ZAKAT MELALUI ROADSHOW KE FAKULTI

PROGRAM PENINGKATAN ZAKAT MELALUI ROADSHOW KE FAKULTI

PROGRAM PENINGKATAN ZAKAT MELALUI ROADSHOW KE FAKULTI

UPM SERDANG, 15 APRIL - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjalankan Roadshow ke Fakulti bagi memperkasakan zakat, wakaf dan sedekah.
 
Pemerkasaan ini susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditamatkan bermula 1 April 2022 yang membolehkan aktiviti dijalankan oleh Pusat Tanggungjawab secara bersemuka.
 
 
Pihak WAZAN UPM menjalankan aktiviti roadshow ini di empat fakulti yang terpilih antaranya Fakulti Sains Teknologi Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bermula 1 April hingga 30 April 2022.
 
 
Penganjuran sesi ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kutipan zakat, wakaf dan sedekah disamping tawaran kepada aspek agihan bantuan kepada para pelajar di setiap fakulti.

Date of Input: 26/04/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETOA7~