PERSATUAN PENTADBIR BANTU PELAJAR ASNAF UPM DI NEGERI PERAK | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PERSATUAN PENTADBIR BANTU PELAJAR ASNAF UPM DI NEGERI PERAK

PERSATUAN PENTADBIR BANTU PELAJAR ASNAF UPM DI NEGERI PERAK

UPM Serdang, 28 Julai – Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (PPUPM) dan pegawai Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) berkunjung ke rumah pelajar asnaf di negeri Perak Darul Ridzuan pada 24 hingga 26 Julai 2020 lalu.

 

Kunjungan tersebut bertujuan memberikan bantuan sempena Program Ziarah Ihsan PKPP WAZAN yang dilancarkan pada 20 Julai 2020 lalu. Seramai 12 orang pelajar yang menerima bantuan ziarah ihsan di negeri Perak ini.

 

 

Rombongan ahli PPUPM diketuai oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim mewakili pegawai WAZAN bersama-sama pentadbir-pentadbir dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah berkunjung ke 12 lokasi lain antaranya Tanjung Malim, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Tapah, Gunung Semanggol, Kerian, Manjung, Larut, Matang dan Selama.

 

“Kami telah pergi ke 12 buah rumah pelajar asnaf UPM di negeri Perak sepanjang tiga hari kami di sini. Seramai 12 pelajar yang tersenarai dalam program ziarah ihsan ini diberikan bantuan”, kata Ustaz Zuhaimi yang merupakan pegawai penyelaras program ziarah ihsan ini.

 

Disamping itu, menurut Puan Rafidah Sadarudin yang mewakili pentadbir dari PTJ yang lain pula berkata, program seumpama ini memberikan satu impak besar kepada UPM amnya dan PPUPM khususnya dan mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pembayar zakat.

 

 

 

“PPUPM amat bersyukur dan berterima kasih kepada WAZAN kerana memberikan peluang kepada PPUPM untuk bersama-sama menjayakan progran ziarah ihsan ini kerana program seumpama ini dilihat memberikan satu impak yang besar kepada kami selaku pentadbir di UPM dapat bersama-sama menjayakan program yang diadakan setiap tahun ini dan kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat di WAZAN UPM atas usaha murni ini”, katanya.

 

Negeri Perak merupakan destinasi ketiga yang dirancang dalam kalendar Program Ziarah Ihsan WAZAN pada tahun 2020. Terdahulu, sukarelawan-sukarelawan telah mengunjungi dua negeri di Lembah Klang iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur dalam misi menghulurkan bantuan.

 

Pelajar asnaf yang tersenarai akan diberikan bantuan sebanyak RM1,500.00 dan barangan keperluan yang disumbangkan oleh PPUPM sendiri. Selain itu, pemantauan terhadap tempat tinggal pelajar asnaf juga diambilkira bagi tujuan bantuan susulan.

Date of Input: 04/08/2020 | Updated: 04/08/2020 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdPAd~