Peningkatan Kualiti WAZAN Bersama Audit Dalam | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Peningkatan Kualiti WAZAN Bersama Audit Dalam

Peningkatan Kualiti WAZAN Bersama Audit Dalam

UPM, 10 April 2019 – Peningkatan kualiti dan tahap poduktiviti organisasi merupakan aspek penting dalam membangun pusat tangungjawab UPM yang baik. Oleh yang demikian, Bahagian Audit Dalam, UPM yang telah diwakili oleh tiga pegawai bertangungjawab telah hadir di WAZAN bagi menjalankan proses audit PTJ yang berlangsung selama dua hari. Terdapat beberapa aspek penting yang telah dinilai oleh juruaudit antaranya sistem pengurusan kewangan WAZAN, penilaian tugas dan tangungjawab pegawai dan kakitangan.

Selain itu, audit berkaitan barangan dan peralatan WAZAN, serta  sistem kutipan dan agihan wakaf dan zakat yang dlaksanakan oleh WAZAN turut diberi tumpuan. Oleh yang demikian, Dr. Razali Othman bersama para staf telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik sepanjang proses audit dilaksanakan demi memastikan setiap aspek penting dapat dinilai secara menyeluruh dan sistematik.

Secara langsung, proses audit yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun mampu menjadi teras dan pengerak kepada pemantapan integriti WAZAN. Seterusnya, amanah yang diberikan oleh universiti akan dapat dilaksanakan secara telus dan cemerlang. Di samping itu, WAZAN akan terus bertekad memastikan pengurusan dana wakaf dan zakat akan ditambah baik dari masa ke semasa agar sumber dana wakaf dan zakat akan terus memberikan kebaikan dan manfaat kepada pembangunan universiti dan pelajar.

Date of Input: 12/04/2019 | Updated: 12/04/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdDAw~