LET'S ZAKAT AT WAZAN UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » LET'S ZAKAT AT WAZAN UPM

LET'S ZAKAT AT WAZAN UPM

UPM Serdang - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia telah membuka kaunter kutipan zakat sepenuhnya bagi memudahkan untuk para staf UPM dan masyarakat sekitar menunaikan zakat di kaunter sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 14 Oktober 2020.

 

Kaunter WAZAN yang telah dibuka kepada orang ramai bermula 10 Disember 2020 di pejabat baharunya bersebelahan Pusat Islam (Masjid) UPM ini beroperasi pada pukul 8.30 pagi - 4.30 petang.

 

WAZAN mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Putra dan menyediakan ruang kaunter yang kondusif dan selesa kepada pengunjung.

 

WAZAN meletakkan sasaran kutipan zakat pada tahun ini sebanyak RM8juta dengan menyasarkan sebanyak RM1.5juta pada bulan Disember.

 

WAZAN membuka kaunter kutipan pada setiap hari termasuk cuti umum Hari Natal pada 21 - 31 Disember 2020 bagi memberi ruang orang ramai menunaikan Rukun Islam keempat tersebut.

Date of Input: 26/12/2020 | Updated: 26/12/2020 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEULAl~