KAUNTER WAZAN UPM DIBUKA DALAM TEMPOH PKP 2.0 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » KAUNTER WAZAN UPM DIBUKA DALAM TEMPOH PKP 2.0

KAUNTER WAZAN UPM DIBUKA DALAM TEMPOH PKP 2.0

KAUNTER WAZAN UPM DIBUKA DALAM TEMPOH PKP 2.0
 
UPM SERDANG, 16 FEB – Sejak Perintah Kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan pada 13 Januari 2021 yang lalu, kaunter khidmat telah ditutup sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
 
Namun, sebagai memenuhi kehendak pelanggan untuk menunaikan zakat, berwakaf dan bersedekah, kaunter Khidmat Pelanggan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dibuka semula kepada seluruh warga UPM dan sekitar.
 
Kaunter WAZAN dibuka setiap Isnin hingga Jumaat mulai 16 Februari 2021 jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Kaunter WAZAN telah mengikut segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh UPM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
Oleh itu, para pengunjung adalah diwajibkan mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, memakai hand sanitizer, imbas kod QR di aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

Date of Input: 17/02/2021 | Updated: 17/02/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUDAP~