JEMAAH SOLAT JUMAAT TERIMA TAKWIM BULAN RAMADAN 1442H | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » JEMAAH SOLAT JUMAAT TERIMA TAKWIM BULAN RAMADAN 1442H

JEMAAH SOLAT JUMAAT TERIMA TAKWIM BULAN RAMADAN 1442H

Oleh: Seksyen Dakwah dan Pemasaran, WAZAN UPM
 
UPM SERDANG - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM mengedarkan Takwim Bulan Ramadan 1442H kepada jemaah-jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid UPM pada Jumaat yang lalu.
 
YBhg Prof. Dr. Aripin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (kiri) menerima Takwim Ramadan 1442H dari Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim
 
Takwim bulan Ramadan ini diedarkan bertujuan sebagai panduan waktu solat, waktu imsak dan waktu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan 1442H ini. Disamping itu juga, ia merupakan cenderahati daripada pihak WAZAN UPM kepada semua warga UPM, kariah masjid dan masyarakat sekitar.
 
Dr. Bukryman (kanan) menunjukkan Takwim Ramadan 1442H yang diserahkan oleh En. Mohd Rizal di perkarangan Masjid UPM
 
Warga UPM adalah dijemput untuk mendapatkan takwim Ramadan ini di kaunter khidmat pelanggan WAZAN UPM (bersebelahan Masjid UPM).
 
Para Jemaah Masjid menerima Takwim Ramadan 1442H yang diedarkan oleh pegawai dan staf-staf WAZAN UPM Jumaat lalu.

Date of Input: 19/04/2021 | Updated: 19/04/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
BVMCN6I:13:58