INFO WAZAN : TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT TAHUN 2021 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » INFO WAZAN : TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT TAHUN 2021

INFO WAZAN : TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT TAHUN 2021

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan,

Alhamdulillah, tahun 2021 telah melabuhkan tirainya, dan tahun 2022 menjelang membawa erti baharu dalam kehidupan semua.

Saya mewakili seluruh Keluarga WAZAN UPM merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2021.

Dengan duit zakat yang dikeluarkan oleh pembayar zakat akan memberi manfaat yang tidak terhingga kepada staf dan pelajar asnaf yang memerlukan. Lebih-lebih lagi dalam situasi negara yang serba mencabar.
 


Akhir kata, tahun 2021 ditutup dengan doa dan rendah diri. Semoga Allah merahmati semua dengan pengakhiran yang baik bagi tahun 2021.

Didoakan semoga para pembayar zakat akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat.

Amin.

Yang menjalankan amanah,
Prof. Madya Dr Mohd Daud Awang
Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 04/01/2022 | Updated: 14/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaVAn~