GOTONG ROYONG AMALAN EKSA DIPERGIAT | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » GOTONG ROYONG AMALAN EKSA DIPERGIAT

GOTONG ROYONG AMALAN EKSA DIPERGIAT

Oleh: Mohd Rizal Helmi bin A Razak
 
SERDANG, 9 Sept - Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA merupakan amalan yang dilakukan sebagai usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
 
 
EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
 
 
  
 
EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
 
Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia juga tidak terkecuali untuk mempergiat usaha ini dengan menjalankan sesi gotong royong membersihkan dan menghias ruang kerja, aktiviti penanaman, penjimatan elektrik, sudut kitar semula dan sudut e-waste.
 
  
 
Dengan amalan EKSA yang dijalankan oleh pihak WAZAN UPM ini akan memberikan impak kepada amalan yang berterusan bagi memastikan seasana kerja di WAZAN lebih kondusif dan mempunyai nilai-nilai korporat.

Date of Input: 12/09/2022 | Updated: 12/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaHAB~