BULAN ZAKAT DAN WAKAF AL FALAH 2022 DILANCARKAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » BULAN ZAKAT DAN WAKAF AL FALAH 2022 DILANCARKAN

BULAN ZAKAT DAN WAKAF AL FALAH 2022 DILANCARKAN

BULAN ZAKAT DAN WAKAF AL FALAH 2022 DILANCARKAN
 
UPM SERDANG, 12 APRIL - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM menganjurkan Bulan Zakat dan Wakaf Al Falah (BZWAF) UPM Ramadan sepanjang bulan Ramadan 1443H/2022M semalam.
 
 
BZWAF merupakan penjenamaan semula daripada Bulan Wakaf dan Zakat yang dianjurkan oleh WAZAN UPM sejak tahun 2016. Bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti penyerahan sumbangan, roadshow dan aktiviti perkongsian ilmu kepada warga UPM dan masyarakat luar.
 
 
Program Pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf Al-Falah Ramadan UPM 2022 merupakan program pelancaran sebagai satu simbolik kepada berlangsungnya BZWAF ini. Program ini dirasmikan oleh YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia di Bangunan Canselori UPM.
 
Menurut YH. Naib Canselor UPM, "Program ini bertepatan dengan laungan 'Menggema Seruan Al-Falah daripada Menara Ilmu' dan saya yakin WAZAN akan terus melaksanakan usaha Cakna dan Prihatin dalam aktiviti kebajikan kepada pelajar asnaf dan seterusnya kepada warga UPM", katanya ketika memberikan ucapan pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf Al Falah (BZWAF) Ramadan UPM 2022.
 
 
Program ini juga dihadiri oleh, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, dan En Muhd Fikri Naim Bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor, En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM serta ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UPM yang bersidang pada hari yang sama.
 
 
 
Disamping itu, turut berlangsung, Gimik Pelancaran E-Book Laporan WAZAN 2019-2021, Simbolik Penyerahan Insentif Putrabike dan Simbolik Penyerahan Sumbangan Etiqa kepada pelajar asnaf UPM.

Date of Input: 26/04/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYEAD~