eSPG @WAZAN ialah satu sistem di mana semua kemudahan potongan gaji untuk urusan wakaf, zakat dan infak staf UPM diproses melalui satu saluran demi memudahkan kaedah potongan gaji bulanan dilaksanakan oleh pihak WAZAN.
Bagi staf UPM yang telah mendaftar skim potongan gaji mereka menerusi eSPG @WAZAN, anda boleh menggunakannya untuk mendaftar arahan potongan baharu, meminda atau menambah kadar potongan semasa.
Selain itu, sistem eSPG @WAZAN ini dapat membantu pihak WAZAN mengumpulkan pangkalan data staf UPM yang menyertai skim potongan gaji sama ada untuk Dana Wakaf Ilmu, Zakat UPM dan UPM Prihatin@WAZAN dan sebagainya dengan cara yang lebih bersistematik dan terjamin.
Sistem eSPG @WAZAN juga menyediakan kemudahan semakan maklumat potongan sumbangan individu yang membolehkan mereka mengakses laporan dan penyata mereka secara langsung dan mencetaknya. Maklumat potongan sumbangan yang lengkap dapat membantu mereka menguruskan tuntutan pelepasan cukai dan lain-lain urusan yang berkaitan.
Ringkasnya, sistem ini dapat memudahkan pentadbiran semua pihak sama ada penyumbang individu, pentadbiran WAZAN dan pihak Bursar dalam semua aspek skim pemotongan gaji bulanan wakaf, zakat dan sumbangan derma.
Mohon secara manual? Klik di sini. Ikuti panduannya di sini.
PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
+603 9769 6155
+603 9769 2048
wazan@upm.edu.my
TALIAN KECEMASAN (24 JAM) PUSAT POLIS BANTUAN & KESELAMATAN UNIVERSITI