WAZAN UPM MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE YAYASAN SOFA | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN UPM MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE YAYASAN SOFA

WAZAN UPM MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE YAYASAN SOFA

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
SEREMBAN, 16 Ogos - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Sofa di sini semalam.
 
 
Lawatan kerja yang diadakan oleh pihak WAZAN ini adalah bertujuan untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan berkaitan pendanaan dan penjanaan yang dijalankan oleh Yayasan Sofa.
 
Yayasan ini merupakan sebuah yayasan yang begitu aktif dalam aspek pendanaan dana zakat, infaq serta dana sumbangan dari orang awam. Disamping itu juga, Yayasan Sofa aktif dalam aspek penjanaan.
 
 
Sejak 25 tahun penubuhan Yayasan Sofa, sebanyak 14 institusi yang bernaung di bawah kendalian Yayasan Sofa ini antaranya Sofa Islamic High School, Sofa Quran & Hadith Centre, Sofa Islamic College di sekitar Lembah Klang, Sofa College di London dan beberapa perniagaan lain seperti koperasi dan cafe.
 
 
Delegasi kunjungan WAZAN ke Yayasan Sofa ini diketuai Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Tn. Hj. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, En. Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu dan En. Bukryman Sabri, Felo Bersekutu Kabajikan dan Kesukarelawanan, UPM.

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFVXAI~