Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti dalam usaha menaiktaraf Mihrab Masjid UPM. Sebanyak RM150,000.00 diperlukan untuk menaiktaraf mihrab ini yang bertujuan untuk memberikan imej Masjid sebagai pusat tumpuan ibadah dan tumpuan kemasyarakatan di samping sebagai faktor keselamatan.
Justeru, jom peroleh ganjaran pahala berkekalan khususnya pada hari Jumaat dengan membuat sumbangan wakaf Mihrab Masjid UPM ini. Sumbangan wakaf tuan/puan juga boleh dibuat secara lot [1 Lot = RM50.00]
Bagaimana kaedahnya?
Senang sahaja, ikuti langkah di bawah:
- Imbas Kod QR yang dipaparkan di dalam e-poster dan buat sumbangan
- Tentukan amaun sumbangan tuan/puan. Cth: RM50.00 = 1 Lot, RM100.00 = 2 Lot
- Hantarkan slip sumbangan ke talian whatsapp 03-9769 1816 sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan resit Perbadanan Wakaf Selangor, MAIS bagi tujuan potongan cukai pendapatan.
Bagaimana jika ingin bertanya lanjut tentang perkara ini?
Tuan/puan boleh hubungi atau whatsapp talian 03-9769 1816 atau hantarkan emel ke alamat wazan@upm.edu.my untuk info lanjut.
Semoga dengan asbab sumbangan daripada tuan/puan, pihak WAZAN dan Masjid UPM dapat menyediakan kemudahan Masjid UPM untuk keselesaan jemaah.
Tarikh Input: 23/07/2024 |
Kemaskini: 10/08/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA