WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANNGAN BREAKFAST DULU B4 EXAM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANNGAN BREAKFAST DULU B4 EXAM

WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANNGAN BREAKFAST DULU B4 EXAM

 
UPM Serdang, 19 Dis - Pada Semester Kedua 2022/23 yang lalu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) julung-julung kali menganjurkan Program Breakfast Dulu B4 Exam yang menerima sambutan yang amat memberansangkan.
 
Sehubungan itu, bagi Semester Pertama 2023/24 ini, WAZAN UPM sekali lagi akan menganjurkan Program Breakfast Dulu B4 Exam untuk memberikan bantuan sarapan pagi kepada pelajar UPM sebelum mereka menduduki peperiksaan. Sebanyak 2,000 pek sarapan pagi akan disediakan pada musim peperiksaan akhir semester yang akan dijalankan pada 29 Januari – 18 Februari 2024.
 
Oleh itu, WAZAN UPM melancarkan Tabung Sumbangan Breakfast Dulu B4 Exam yang bertujuan mengajak semua untuk menghulurkan sumbangan ke Tabung UPM Prihatin @WAZAN melalui Payment Gateway UPM. Para penyumbang boleh menyumbang dengan mengimbas kod QR yang disediakan di dalam e-poster atau klik pautan https://wazan.upm.edu.my/kandungan/tabung_upm_prihatin-70049
 
Pihak WAZAN juga menyediakan talian untuk dihubungi sekiranya terdapat pertanyaan yang lebih lanjut ditalian 03-9769 8993/1022 atau emel ke wazan@upm.edu.my

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdEAI~