WAZAN UPM ANJUR PROGRAM ZIARAH MAHABBAH UPM 2023 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN UPM ANJUR PROGRAM ZIARAH MAHABBAH UPM 2023

WAZAN UPM ANJUR PROGRAM ZIARAH MAHABBAH UPM 2023

 
 
SERDANG, 18 Ogos- Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, Universiti Putra Malaysia (WAZAN UPM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Ziarah Mahabbah 2023 @ WAZAN UPM sepanjang bulan Ogos bagi membantu 150 orang pelajar asnaf.
 
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, program ini adalah sebuah inisiatif bagi menyantuni pelajar yang datang daripada keluarga kurang bernasib baik serta dapat mengenalpasti lebih dekat keperluan pelajar dengan adanya program ziarah yang diadakan secara langsung di kediaman keluarga mereka.
 
 
“Seramai 150 orang pelajar asnaf telah terpilih akan menerima bantuan zakat daripada WAZAN UPM pada program ini yang akan diserahkan di kediaman mereka bermula tujuh Ogos ini di seluruh negara,” katanya.
 
 
Program ziarah ini dilakukan bagi membantu meringankan bebanan pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan makanan, keperluan asas dan bantuan kewangan kepada mereka.
 
WAZAN UPM akan memberi bantuan kepada para pelajar yang terpilih bermula dari 7 sehingga 31 Ogos ini yang melibatkan empat zon utama, iaitu Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur. 

Tarikh Input: 17/08/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdNAV~