WAZAN TERUS DIDIK MASYARAKAT UNTUK MENGENALI WAKAF | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN TERUS DIDIK MASYARAKAT UNTUK MENGENALI WAKAF

WAZAN TERUS DIDIK MASYARAKAT UNTUK MENGENALI WAKAF

Selangor, 4 Mei 2019 – Penduduk Taman Dang Anum Syeksen tujuh telah mengadakan “Program Gortong-royong Mega” bagi memperindah dan membersihkankan kawasan taman. Pengarah WAZAN yang juga merupakan ahli jawatankuasa Taman Dang Anum telah menjemput pihak Wazan untuk menyertai gotong royong tersebut. Oleh itu, menerusi aktiviti gotong-royong ini pihak WAZAN telah menggunakan peluang tersebut dengan membuka kaunter yang bertujuan untuk memberi hebahan, membuat kutipan dan mempromosikan tentang bulan wakaf dan zakat di UPM.

Pada hari tersebut, pihak WAZAN lebih menitikberatkan mengenai satu inisiatif terbaru sempena Ramadan iaitu projek wakaf “mywater@WAZAN”. Menerusi projek ini, WAZAN menggalakkan masyarakat untuk sama-sama berwakaf dengan pembelian sekotak air mineral dengan nilai RM 20.00. Dr Razali Othman turut menjelaskan hasil pembelian air ini akan didermakan ke surau, masjid dan pusat tahfiz untuk iftar dan sahur. Dalam masa yang sama penyumbang juga dapat berwakaf.

Dalam pada itu,pihak WAZAN telah diajukan dengan pelbagai soalan daripada penduduk taman tersebut. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masih ramai masyarakat yang samar-samar mengenai wakaf. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik haruslah dilakukan bagi mempromosikan wakaf kepada masyarakat sekitar. WAZAN amat berbebesar hati atas sokongan yang telah diberikan oleh penduduk taman Dang Anum yang sudi berwakaf dan menjayakan hasrat murni WAZAN.Semoga usaha kecil WAZAN ini akan menyemarakkan lagi cinta WAKAF dalam minda ummah.

 

Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 06/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597366052