WAZAN Tekad Tesuri Fasa II! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Tekad Tesuri Fasa II!

WAZAN Tekad Tesuri Fasa II!

UPM, 18 Mac 2019 – Hala Tuju WAZAN 2016-2025 (WARM’25) meletakkan tahun 2019 sebagai tahun yang mencabar iaitu fasa II atau dikenali fasa pertumbuhan. Hal ini demikian kerana, menerusi perutusan pengarah WAZAN yang berlangsung minggu lepas, beliau telah memperkatakan akan kemampuan WAZAN untuk beralih dari fasa penubuhan ke fasa pertumbuhan. Oleh itu, tahun ini menjadi penentuan hala tuju WAZAN yang berteraskan kepada lima strategik teras dalam (WARM25). Dalam usaha mencapai teras ini memerlukan usaha sama yang erat daripada semua staf WAZAN.

Menyedari kepentingan staf dalam membentuk kerja berpasukan telah memperlihatkan jika salah seorang staf gagal menjalankan amanah dengan baik bakal menjejaskan produktiviti organisasi ini. Di samping itu, Dr. Haji Razali Othman turut menekankan peranan semua warga WAZAN untuk terus mengembleng tenaga bagi mencapai KPI tahun 2019 yang ditetapkan. Selain itu, setiap staf perlu menekankan tujuh kekuatan yang penting agar lima cabaran utama dalam mencapai wawasan WAZAN akan dapat ditelusuri dengan baik.

Seterusnya, pengarah WAZAN juga memberikan penjelasan bahawa kewujudan WAZAN amat relevan dan penting di kampus hijau ini. Peranan WAZAN bukan sahaja untuk membela nasib pelajar asnaf tetapi dalam usaha melestarikan amalan berwakaf dan berzakat dalam kalangan warga kampus dan masyarakat sekitar.Beliau turut menanamkan semangat kepada semua warga WAZAN bahawa mereka amat beruntung kerana bukan semata-mata bekerja tetapi kita juga melaksanakan amal ibadah untuk membantu hamba Allah yang susah dan memerlukan bantuan. Akhir sekali, beliau menekankan sokongan padu daripada warga kampus akan berjaya merealisasikan impian para penerima bantuan.

Sekali gus, WAZAN dapat membawa semua masyarakat untuk sama-sama mencari ganjaran pahala dari yang Esa dan membuka jalan-jalan ke syurga. Oleh yang demikian, WAZAN berharap semua warga kampus dan sekitar akan terus bersama WAZAN untuk membangunkan wakaf dan zakat agar WAZAN  terus komited dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593708726