WAZAN Tekad Lahirkan Asnaf Kelas Pertama! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Tekad Lahirkan Asnaf Kelas Pertama!

WAZAN Tekad Lahirkan Asnaf Kelas Pertama!

Negeri Sembilan, 1 - 3 Mac 2019 – Komitmen WAZAN dalam melahirkan pelajar asnaf cemerlang terus dilaksanakan dengan penganjuran Program “Melahirkan Asnaf Kelas Pertama”. Program ini telah dijalankan di Nilai Spring, Negeri Sembilan. Program ini merupakan satu usaha murni WAZAN dalam menjana pembangunan asnaf yang menyeluruh dan sistematik. Oleh itu, program ini telah berjaya dirancang sebaik mungkin oleh WAZAN untuk memastikan setiap peserta yang terlibat akan mendapat input positif. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan sokongan moral dan jati diri yang kuat dalam diri pelajar asnaf.

Sekaligus, memberikan mereka kesedaran bahawa kemiskinan bukanlah penghalang besar untuk mereka berjaya semasa di universiti. WAZAN yakin dan percaya bantuan berbentuk kewangan, bimbingan dan khidmat nasihat merupakan medium yang efektif untuk melahirkan asnaf kelas pertama. Besar harapan WAZAN untuk melihat pelajar asnaf ini menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada keluarga, universiti dan agama. Tidak mengira latar belakang keluarga sebagai keluarga petani, penoreh, nelayan atau buruh kasar sekali pun WAZAN yakin semoga pelajar asnaf berjaya di dunia dan akhirat.

Tarikh Input: 14/03/2019 | Kemaskini: 14/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593707885