WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM

WAZAN Tambat Hati Pembekal UPM

WAZAN tambat hati pembekal UPM

 

 

 

 

UPM, 17 Januari 2019- Bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar WAZAN telah mengambil langkah proaktif menerusi perjumpaan secara terus dengan para pembekal UPM. WAZAN yang diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman selaku Pengarah telah menyampaikan perkongisan berkaitan latar belakang WAZAN dan tujuan penubuhan dalam menyemai budaya menyumbang serta memberi menerusi wakaf, zakat dan endowmen. WAZAN telah berjaya memberi sudut pandang positif kepada para pembekal UPM agar mereka turut membantu universiti melalui penglibatan mereka untuk sama menyumbang di WAZAN. 

Hubungan  yang baik antara WAZAN dan para pembekal UPM sudah pasti menjadi wahana terbaik untuk meningkatkan lagi pembangunan wakaf, zakat dan endowmen di UPM. Oleh itu, WAZAN mengharapkan kerjasama erat daripada para pembekal UPM agar membudayakan lagi amalan berwakaf dan berzakat sebagaimana slogan yang dibawa oleh WAZAN iaitu “Rezeki dikongsi, nikmat disyukuri”.

 

Tarikh Input: 17/01/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593705290