WAZAN SUMBANG IDEA DALAM IRTD DI KUALA TERENGGANU | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN SUMBANG IDEA DALAM IRTD DI KUALA TERENGGANU

WAZAN SUMBANG IDEA DALAM IRTD DI KUALA TERENGGANU

Oleh Nuruliman Ibrahim

Kuala Terengganu, 3 Ogos – Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg Dr. Haji Razali bin Othman telah menghadiri program International Round Table Discussion on Islamic – Based Development (IRTD) di Hotel Sumai, Kuala Terengganu.

Perbincangan yang turut dihadiri oleh pelbagai perwakilan termasuk daripada luar negara telah membahaskan beberapa isu penting berhubung pengurusan pembangunan berteraskan Islam termasuk pengurusan institusi wakaf dan zakat.

Beberapa usaha telah diusulkan dan dipersetujui secara bersama termasuk menjalankan penelitian berhubung pembangunan berteraskan Islam secara kerjasama antara ahli serta perwakilan yang hadir.

Usaha ini sangat penting dalam memastikan pengurusan pembangunan hari ini dilakukan dengan berlandaskan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Apa lagi, bagi pembangunan institusi Islam termasuk wakaf, zakat dan sebagainya yang dilihat hari ini masih menggunakan pendekatan pembangunan lazim.

WAZAN yang diwakili oleh Pengarahnya sendiri, iaitu YBhg Dr. Razali Othman telah menyambut baik hasrat ahli dalam perbincangan tersebut.

Malah, WAZAN sedia berkerjasama dengan mana-mana ahli atau perwakilan yang berminat untuk membangunkan serta memperkasakan institusi wakaf, zakat dan infaq berdasarkan pengirusan pembangunan dengan menjadikan Islam sebagai asasnya.

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRA4~