WAZAN Sumbang Dana Zakat Bantu Pembedahan Pelajar | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Sumbang Dana Zakat Bantu Pembedahan Pelajar

WAZAN Sumbang Dana Zakat Bantu Pembedahan Pelajar

Oleh Mohd Noo Elmir  Noorudin

Foto Nur Zila Zainuddin

 

KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), YBhg Dr. Haji Razali bin Othman dan Ketua Seksyen dana Zakat dan Pembangunan Asnaf, Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim telah melawat seorang pelajar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 

 

Muhammad Khairul Syafik Azmi, pelajar pasca siawazah, Fakulti Sains  Alam Sekitar mengidap penyakit saraf ‘Trigeminal Neuralgia’ dan tumor otak sejak bulan Mei yang lepas.

Menurut ibunya, Puan Siti Haida Yusof, “anaknya mula mengadu sakit pada bahagian pinggang hingga kaki kirinya sekitar bulan April yang lalu yang disangkanya masalah otot disebabkan Syafik aktif bersukan”. Muhammad Syafik sekarang sedang menerima rawatan di PPUM dan memerlukan pembedahan segera.

Dalam lawatan tersebut, pihak WAZAN telah menyerahkan bantuan awal bagi membantu mengurangkan bebanan kos yang ditanggung oleh ibunya.

WAZAN juga bersetuju membawa ke Jawatankuasa Agihan Zakat UPM untuk membiayai kos pembedahan Muhammad Syafik. - WAZAN Online

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 16/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXVAr~