WAZAN Rintis Kerjasama Dengan Amanah Raya Berhad | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Rintis Kerjasama Dengan Amanah Raya Berhad

WAZAN Rintis Kerjasama Dengan Amanah Raya Berhad

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

Kuala Lumpur, 4 Oktober – WAZAN telah merintis satu lagi kerjasama dengan Amanah Raya Berhad (ARB) untuk membangunkan  kewangan berasaskan “Dana Ámanah”.

 

 

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas bagi membincangkan dan memperincikan aktiviti serta peluang-peluang yang boleh memberi impak kepada masyarakat, khususnya warga UPM menerusi Dana Amanah.

Menurut Pengarah WAZAN, Dr. Haji Razali Othman, “ARB punya tenaga pakar yang cukup profesional dalam pelbagai bidang pengurusan kewangan berasaskan ‘amanah’ termasuk wakaf. Banyak yang WAZAN boleh manfaatkan untuk sama-sama bangunkan wakaf sebagai sumber pembiayaan pembangunan di UPM. Apapun, saya lihat ARB boleh menjadi satu lagi pemain utama dalam Industri WAKAF Negara! Semoga kerjasama yang akan dibina ini memberi manfaat kepada UPM dan ARB. In Shaa Allah. - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbBAX~