WAZAN LANCAR TABUNG BANTUAN INFAK BANJIR UPMKB | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
» BERITA » WAZAN LANCAR TABUNG BANTUAN INFAK BANJIR UPMKB

WAZAN LANCAR TABUNG BANTUAN INFAK BANJIR UPMKB

INFAK DIPERLUKAN: BANTUAN BANJIR KEPADA MANGSA UPM KAMPUS BINTULU
 
Banjir kilat telah melanda kawasan UPMKB, mengakibatkan kerosakan dan kesukaran yang amat dirasai. rumah staf dan pelajar serta harta benda terjejas teruk akibat bencana ini.  
 
WAZAN menerusi Tabung UPM Prihatin menyeru anda semua untuk bersama-sama membantu mereka yang terjejas dengan menghulurkan sumbangan melalui Bantuan Infak Banjir UPMKB. Setiap ringgit yang anda hulurkan akan digunakan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan di UPMKB bagi mendapatkan keperluan asas, makanan, dan sokongan lain yang sangat diperlukan saat ini.
 
Jom hulurkan bantuan melalui:
 
1️⃣ Imbas Kod QR yang tertera di e-Poster; dan  
 
2️⃣ Akaun CIMB 80-0215196-3 [Kira-kira Am UPM] (Rujukan: Infak Banjir UPMKB)
Nota: Hantarkan slip bank ke emel wazan@upm.edu.my atau whatsapp wa.me/60397691816 sebagai bukti sumbangan
 
Sebarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Bersama-sama kita ringankan beban mereka. Sumbangan kecil anda mungkin menjadi harapan besar buat mereka yang kehilangan. 
 
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda. Semoga usaha ini membawa kebaikan kepada semua yang terkesan.  
 
#WAZANUPM #TabungBanjir #Pray4UPMKB #UPMPrihatin #InfakBanjirUPMKB


Tuan Haji Haris Dahlan
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 31/01/2025 | Kemaskini: 31/01/2025 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (05:36:59pm-05:41:59pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]