WAZAN HADIRI MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» BERITA » WAZAN HADIRI MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN

WAZAN HADIRI MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
Foto oleh: Sumber
 
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) menghadiri Muzakarah Zakat Kebangsaan bagu tahun 2024.
 
Muzakarah Kebangsaan yang dianjurkan kali ke 10 ini berlangsung di Hotel Everly Putrajaya pada 5-6 Jun 2024 yang dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH).
 
Antara objektif muzakarah ini adalah untuk mengupas pendekatan konsep Malaysia MADANI dalam tadbir urus dan tata kelola pengurusan zakat di Malaysia, membincangkan penerapan enam rukun Malaysia MADANI dalam konteks institusi zakat, pembayar zakat dan penerima zakat, isu dan cabaran dalam menerapkan pendekatan Malaysia MADANI dalam konteks pengurusan zakat serta membangunkan Kerangka Konsep Malaysia MADANI dalam konteks institusi zakat di Malaysia.
 
Muzakarah ini menerima ramai penyertaan yang datangnya dalam kalangan pengurus-pengurus zakat negeri dan IPT setiap negeri. Tema bagi muzakarah pada tahun 2024 ini ialah bertemakan Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia Madani yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Sanator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam perasmian penutup.
 
Turut sama dalam barisan panel dan pembentang dalam muzakarah ini ialah seperti Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan ramai lagi.
 
WAZAN UPM turut bersama-sama menyertai muzakarah kebangsaan pada tahun ini. Turut hadir dalam muzakarah ini ialah, Tn. Haji Haris Dahlan, En. Wan Mohd Radzi Wan Ismail, En. Mohd Rizal Helmi A Razak, En. Mohd Azrol Hafizi Azman dan Cik Maznur Nazila Moin - WAZAN
 
 

Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 10/08/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (05:26:09am-05:31:09am, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]