WAZAN Bina Hubungan Akrab Dengan MARDI | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bina Hubungan Akrab Dengan MARDI

WAZAN Bina Hubungan Akrab Dengan MARDI

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, UPM, 11 JUN – WAZAN menjalin usahasama akrab dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Lanjutan daripada kerjasama ini, beberapa aktiviti sedang dirangka antara WAZAN dan  Persatuan Islam MARDI (IMAN).

 

 

 

Dalam perbincangan yang diadakan di MARDI di hari yang sama, pihak MARDI bersetuju untuk membantu WAZAN mencari dana baik dalam bentuk wakaf, zakat, endowmen, mahupun sumbangan umum.

Malah, MARDI sedia memberi ruang kepada WAZAN untuk membuka gerai pameran, ceramah dalam sesi perkongsian khususnya yang melibatkan aktiviti utama MARDI.

Dalam ucapannya, Dr. Razali mengucapkan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh warga MARDI. Beliau berharap kerjasama ini akan terus dipergiatkan dengan menjalankan pelbagai program di kedua-dua pihak. Beliau yakin program-program yang dijalankan nanti akan  memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Tambahan pula, sebahagian besar staf MARDI adalah alumni UPM. - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEQPA7~