WAZAN BERSAMA YB MENTERI BESAR SELANGOR | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN BERSAMA YB MENTERI BESAR SELANGOR

WAZAN BERSAMA YB MENTERI BESAR SELANGOR

SELANGOR, 15 Mei 2019 – Usaha Memacu pemerkasaan WAZAN terus dilaksanakan dengan pengukuhan pelbagai kerjasama erat dengan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, WAZAN yang diwakili oleh Dr.Haji Razali Othman bersama Ustaz Zuhaimi dan Ustaz Nurul Iman telah berkunjung ke pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam. Yang Amat Berhormat Datuk Amiruddin Shari telah menerima kehadiran WAZAN dengan tujuan penting dalam kerangka memajukan aspek wakaf dan zakat di negeri ini. Kepentingan kerajaan negeri dalam membantu usaha WAZAN sememangnya amat penting kerana setiap projek atau program yang bakal dilaksakan adalah untuk kepentingan pelajar univeristi dan masyarakat di negeri ini.

Pihak Menteri Besar Selangor menyokong penuh peranan WAZAN sebagai penolong amil IPT yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2016. WAZAN amat berharap dengan adanya bantuan daripada kerajaan negeri Selangor akan membolehkan pelbagai agenda usaha sama akan dapat direalisasikan. Akhirnya, dana wakaf dan zakat mampu menjadi sumber pembiayaan yang kukuh kepada kemaslahatan ummah dan ekonomi Islam di negeri Selangor.

                                                                                                                                                                      

 

 

 

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 21/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZHAO~