WAZAN Bersama Team MAINS | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bersama Team MAINS

WAZAN Bersama Team MAINS

 

Seremban, 15 April 2019 – WAZAN terus mengorak langkah proaktif menerusi jalinan kerjasama erat bersama majlis agama negeri. Oleh itu, Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN telah melaksanakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama wakil daripada Majlis Agama Negeri Sembilan atau singakatannya (MAINS). Perbincangan ini melibatkan WAZAN bersama YBhg Tuan Haji Kamal Amran, setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Selain itu, turut hadir ialah Tuan Haji Azerol selaku pengarah kewangan MAINS dan Ustaz Ali, wakil Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Pelbagai perkongsian berkaitan projek pembangunan wakaf yang dijalankan oleh MAINS serta perbincangan berkenaan projek wakaf yang boleh dijalankan oleh WAZAN di negeri ini. Sejajar dengan itu, Dr. Haji Razali Othman turut menjelaskan niat murni WAZAN untuk melaksanakan projek wakaf teratak Pak Atan di Seremban dengan kerjasama MAINS.

Menerusi, projek wakaf ini akan dapat terus membantu warga emas yang mengalami masalah agar penjagaan kesihatan dan keperluan hidup mereka dapat terus dijaga. Sokongan dan pelbagai nasihat bermakna juga telah diberikan oleh MAINS. Sekali gus memberikan satu input positif kepada WAZAN untuk terus komited dan memberikan yang terbaik agar dana wakaf dan zakat akan terus dipacu ke arah yang cemerlang. Besar harapan WAZAN agar projek teratak Pak Atan ini akan dapat direalisasikan.

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/04/2019 | Kemaskini: 17/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593708705