WAZAN Bersama Kelab-Kelab Kebajikan Staf | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bersama Kelab-Kelab Kebajikan Staf

WAZAN Bersama Kelab-Kelab Kebajikan Staf

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman

 

 

UPM, 21 Februari 2019 – Kelab kebajikan staf di setiap PTJ telah memberikan kerjasama baik bersama WAZAN. Pada pukul 10.00 pagi bertempat di bilik Lembaga Bangunan Canselori Putra telah dilaksanakan sesi pertemuan antara pengerusi kelab  kebajikan PTJ bersama Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN. Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk membina hubungan kerjasama WAZAN dengan kelab kebajikan setiap PTJ. Oleh itu, pelbagai perkongsian telah disampaikan oleh pengarah WAZAN antaranya pengenalan wakaf dan zakat di UPM. Selain itu, jenis-jenis program yang dilaksanakan di dalam kampus. Manfaat wakaf dan zakat yang telah diberikan kepada universiti, para staf dan pelajar asnaf.

Di samping itu, Dr. Haji Razali turut berkongsi akan kejayaan WAZAN dalam melaksanakan pelbagai projek wakaf seperti wakaf ambulans dan fasiliti masjid UPM. Pengarah WAZAN turut menekankan bahawa kejayaan dan peranan WAZAN selama ini tidak dapat dijayakan tanpa dorongan dan sokongan padu daripada para staf UPM. Seterusnya, WAZAN juga menyedari akan peri pentingnya peranan kelab kebajikan PTJ sebagai rakan strategik bagi membangunkan wakaf dan zakat di UPM. Diharapkan setiap PTJ UPM akan terus bersama WAZAN mengembleng tenaga membina sinergi yang kukuh agar pelestarian amalan berwakaf dan berzakat mampu direalisasikan.

 

 

 

Tarikh Input: 05/03/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZXAE~