WAZAN Bersama JAWHAR | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bersama JAWHAR

WAZAN Bersama JAWHAR

Putrajaya, 18 April 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji atau nama singkatannya JAWHAR merupakan sebuah jabatan di bawah kerajaan persekutuan yang bertangungjawab mengelolai sumber wakaf dan zakat sebagai dana pembangunan ummah. Peranan JAWHAR terus ditambah baik dengan jalinan kerjasama erat bersama WAZAN. Pengarah WAZAN iaitu Dr. Haji Razali Othman hari ini telah menghadiri sesi perjumpaan bersama para pegawai JAWHAR.

Pertemuan ini berfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman berkaitan kaedah dalam membangunkan dana wakaf secara komprehensif. Pelbagai cetusan idea berkenaan projek wakaf yang boleh dilakukan secara koloborasi antara JAWHAR-WAZAN turut dibincangkan. Pelbagai persoalan berbangkit turut ditumpukan antaranya adakah wakaf wujud sebelum kelahiran Islam dan bagaimana dengan lembaga wakaf hindu?.

Seterusnya, kemelut persoalan berkenaan perkaitan wakaf dengan endowmen turut didiskusikan bersama. Sejajar dengan itu, WAZAN dan JAWHAR telah bersetuju untuk membentuk satu kumpulan penyelidik untuk merungkai dan mengkaji akan pelbagai persoalan yang ada. WAZAN juga berbesar hati apabila Dr. Haji Razali Othman telah dilantik dan diberikan kepercayaan sebagai pakar rujuk dan penyelidik wakaf. Oleh yang demikian, WAZAN akan terus komited dalam membantu dan merealisasikan setiap perancangan dan penyelidikan yang telah dirancang. Semoga WAZAN dan JAWHAR akan terus menjadi rakan strategik yang terbaik dalam membangunkan ummah berpaksikan dana wakaf dan zakat.

 

 

 

Tarikh Input: 19/04/2019 | Kemaskini: 19/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586524633