WAZAN Bantu UMMI Bangunkan Qur'an Isyarat! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bantu UMMI Bangunkan Qur'an Isyarat!

WAZAN Bantu UMMI Bangunkan Qur'an Isyarat!

 

UPM, 18 Februari 2019 – WAZAN telah menerima kunjungan dari delegasi  IBNU UMMI MAKHTUM RESERACH CENTRE (UMMI). UMMI yang diketuai oleh Tuan Haji Norakyairee Mohd Raus bersama empat orang pegawai telah hadir di pejabat WAZAN. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk yang membincangkan usahasama antara UMMI-WAZAN dalam membangunkan Projek “QUR’AN Isyarat untuk Orang Pekak”

WAZAN yakin dan percaya usaha UMMI menerusi projek ini ialah tindakan yang sangat baik. Kerana projek ini bakal membantu orang kurang upaya (pekak) mempelajari al-qur’an secara teratur dan baik. Selama ini, kebajikan mereka tidak dijaga, lebih lagi dalam mempelajari al-qur’an dan fardhu ain yang lain. Oleh itu, projek Qur’an Isyarat ini mampu mengatasi keterbatasan insan istimewa ini agar mereka juga dapat peluang mempelajari Al-Qur’an. WAZAN mengharapkan UMMI akan berjaya mencapai hasrat murni mereka. Pada masa yang sama WAZAN bertekad bersama UMMI untuk terus membantu golongan ini menjadi insan yang sempurna di sisi Allah.

 

 

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcUAJ~